Friday, December 11, 2009

OPOR DAGING (SANTAPAN DIRAJA WARISAN ISTANA PAHANG)



Masakan opor begitu sinonim dengan hidangan istimewa Istana Pahang dan kerabat diraja pahang serta masyarakat di bandar diraja, Pekan Pahang. Opor menjadi hidangan istimewa menjelang musim perayaan atau kenduri kendara.


Bahan utama opor terdiri dari daging pejal menggunakan campuran rempah ratus dan herba terpilih, enak dimakan bersama ketupat, lemang, nasi putih, nasi kuning, nasi minyak ataupun nasi bryani. Opor istimewa dan lazat ini pasti membuat kecur air liur apabila anda melihatnya.


Kini anda boleh menikmati hidangan istimeta ini dirumah anda sendiri walau di mana anda berada kerana ZFI telah mencipta pes opor warisan Diraja Pahang. Cara memasaknya ringkas dan cepas. Pengguna hanya perlu merebus daging sehingga air daging kering kemudian masukkan pes opor Zarif bersama santan dituriti kerisik mengikut sukatan yang disyorkan. Opor Warisan Diraja Pahang sudah siap untuk dihidangkan dan dimakan.


Zarif Food Industry juga menawarkan perkhidmatan menjual masakan ini terus kepintu rumah anda melalui penghantaran perkhidmatan kurier.Resepi yang digunakan adalah asli yang diwarisi turun temurun keluarga.Hj Abu Bakar Yus ,Tukang Masak untuk majlis rasmi Kerabat Diraja Pahang adalah moyang kepada pengurus Zarif Fyod Ind. Begitu juga dengan datuknya,ayahnya pula adalah tukang masak profesonal yang pernah berkhidmat diluar negera.Pada tahun 2001 ayahanda pengurus telah mencipta masakan opor bentong di PESTA MAKANAN dan BUAH-BUAHAN PERENGKAT NEGERI PAHANG dan PESTA CITRARASA MALAYSIA 2001 anjuran Kemenenterian Kebudayaan,Kesenian dan Perlancungan Malaysia.


Harga OPOR DAGING tidak termasuk kos penghantaran RM50.00 sekilogram. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi ZARIF FOOD IND. Ditalian 010-5418989



RESEPI OPOR DAGING WARISAN ISTANA PAHANG BAHAN-BAHAN

1KG Daging Pejal.

500g Santan

200g Pes Opor ZARIF

100g Kerisik

Sedikit gula merah/gula pasir


CARA MEMASAK

Potong dadu daging ukuran 2sm dan bersihkan kemudian masak daging sehingga air daging kering.Masukkan pes opor daging ZARIF diikuti santan kacau rata apabila kuah pekat masukkan kerisik dan sedikit gula merah atau gula pasir.Kacau rata opor daging telah siap dan telah boleh dimakan.

BUBUR LAMBUK WARISAN




Zarif Food Industri (ZFI) mencipta Perencah Bubur Lambuk Segera yang PERTAMA.

Jika anda seorang penggemar bubur lambuk dan suka membuat bubur lambuk untuk hidangan bersama keluarga, anda pasti seronok kerana kini terdapat perencah bubur lambuk segera keluaran Bumiputera. Juga dengan remaja yang baru hendak belajar memasak, perencah segera ini pastinya memudahkan anda memasak bubur lambuk.


Bukan sahaja perencah bubur lambuk segera, ZFI turut membuat kuah laksa asam, pes tomyam, pes serbaguna, pes mee bandung, pes rendang, pes dan rempah opor warisan Istana Pahang dan bermacam-macam lagi dibawah jenama ZFI.


Pengusaha mempunyai hampir 10tahun pengalaman memasak bubur lambuk untuk masjid- masjid. Bagaimanapun idea untuk membuat perencah bubur lambuk segera ini tercetus selepas rakan-rakan dan penggemar bubur lambuk mengeluh kerana ramai diantara mereka yang tidak tahu untuk membuat bubur lambut tradisional. Kesemua produk ZFI ini diadun sendiri. Cara membuatnya juga mudah, ringkas dan cepat. Kebanyakan bahan pes telah dicampurkan sekali.


Pengguna hanya perlu merebus beras bersama daging atau ayam atau seafood. Apabila beras telah kembang, masukkan perencah Bubur Lambuk Zarif bersama santan mengikut sukatan yang disyorkan. Kacau rata dan bubur lambuk sudah siap untuk dimakan. Bagi memudahkan pengguna, cara-cara membuatnya disediakan didalam peket setiap produk Zarif. Boleh tahan sehingga 3 bulan dan jika disimpan di dalam peti sejuk, boleh tahan sehingga 1 tahun. Jadi produk Zarif amat sesuai untuk dikirim kepada sanak saudara yang berada di luar negara. Mereka juga boleh membuat bubur lambuk, laksa dan rendang sendiri. Proguk ini juga amat sesuai untuk mereka yang berkerjaya yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.


Bubur Lambuk Warisan adalah adunan resepi bubur lambuk Bandar Diraja Pekan Pahang iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri,Dato’ Seri Mohd.Najib dan Bandar kelahiran ayahanda PM,Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Kedua.


Setiap paket dijual dengan harga RM 5.00. Tidak termasuk kos pos. Penggemar bubur lambuk boleh menghubungi Zarif Food Industri di talian

010-5418989

Pengedar daerah di seluruh malaysia diperlukan



CARA MEMBUAT BUBUR LAMBUK WARISAN

Bahan;

500g beras

80g perencah bubur lambuk segera ZARIF

500g daging/ayam/udang segar

200ml santan segar

6Liter air

Cara memasak bubur lambu:-

Rebus beras yang telah dibersihkan bersama daging/ayam/udang segar.

Apabila beras kembang masukan santan dan perencah bubur lambuk segera ZARIF.

Kacau rata, bubur lambuk lambuk sudah siap untuk dimakan.