Friday, December 11, 2009

OPOR DAGING (SANTAPAN DIRAJA WARISAN ISTANA PAHANG)



Masakan opor begitu sinonim dengan hidangan istimewa Istana Pahang dan kerabat diraja pahang serta masyarakat di bandar diraja, Pekan Pahang. Opor menjadi hidangan istimewa menjelang musim perayaan atau kenduri kendara.


Bahan utama opor terdiri dari daging pejal menggunakan campuran rempah ratus dan herba terpilih, enak dimakan bersama ketupat, lemang, nasi putih, nasi kuning, nasi minyak ataupun nasi bryani. Opor istimewa dan lazat ini pasti membuat kecur air liur apabila anda melihatnya.


Kini anda boleh menikmati hidangan istimeta ini dirumah anda sendiri walau di mana anda berada kerana ZFI telah mencipta pes opor warisan Diraja Pahang. Cara memasaknya ringkas dan cepas. Pengguna hanya perlu merebus daging sehingga air daging kering kemudian masukkan pes opor Zarif bersama santan dituriti kerisik mengikut sukatan yang disyorkan. Opor Warisan Diraja Pahang sudah siap untuk dihidangkan dan dimakan.


Zarif Food Industry juga menawarkan perkhidmatan menjual masakan ini terus kepintu rumah anda melalui penghantaran perkhidmatan kurier.Resepi yang digunakan adalah asli yang diwarisi turun temurun keluarga.Hj Abu Bakar Yus ,Tukang Masak untuk majlis rasmi Kerabat Diraja Pahang adalah moyang kepada pengurus Zarif Fyod Ind. Begitu juga dengan datuknya,ayahnya pula adalah tukang masak profesonal yang pernah berkhidmat diluar negera.Pada tahun 2001 ayahanda pengurus telah mencipta masakan opor bentong di PESTA MAKANAN dan BUAH-BUAHAN PERENGKAT NEGERI PAHANG dan PESTA CITRARASA MALAYSIA 2001 anjuran Kemenenterian Kebudayaan,Kesenian dan Perlancungan Malaysia.


Harga OPOR DAGING tidak termasuk kos penghantaran RM50.00 sekilogram. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi ZARIF FOOD IND. Ditalian 010-5418989



RESEPI OPOR DAGING WARISAN ISTANA PAHANG BAHAN-BAHAN

1KG Daging Pejal.

500g Santan

200g Pes Opor ZARIF

100g Kerisik

Sedikit gula merah/gula pasir


CARA MEMASAK

Potong dadu daging ukuran 2sm dan bersihkan kemudian masak daging sehingga air daging kering.Masukkan pes opor daging ZARIF diikuti santan kacau rata apabila kuah pekat masukkan kerisik dan sedikit gula merah atau gula pasir.Kacau rata opor daging telah siap dan telah boleh dimakan.

1 comment: